Belajar Bahagi 10,000 Latihan

Belajar Bahagi 10,000 Latihan

by Syumul Studio

0 ratings
Free
In-App Purchases

Rating summary

Details

Released
May 19, 2023
Updated
October 28, 2026

Features

Belajar Bahagi 10,000 Latihan screenshot #1 for iPhone
Belajar Bahagi 10,000 Latihan screenshot #2 for iPhone
Belajar Bahagi 10,000 Latihan screenshot #3 for iPhone
Belajar Bahagi 10,000 Latihan screenshot #4 for iPhone
Belajar Bahagi 10,000 Latihan screenshot #5 for iPhone
iphone
ipad
🖼️Get Icon
Icons↘︎

About

Belajar Hasil Bahagi Sampai Pandai! Belajar Bahagi 10,000 Latihan membantu kanak-kanak menguasai operasi bahagi dengan cara yang seronok, dari sifir songsang seperti 42 ÷ 6 hinggalah bahagi panjang, bahagi perpuluhan dan bahagi dengan 10, 100 dan 1000. Setiap jawapan betul ialah satu serangan kepada raksasa! = BOLEH MAIN TANPA INTERNET • Semua 10,000 soalan, peta level, bintang dan Cabaran Harian boleh dimain offline • Sesuai untuk dalam kereta, di kampung atau bila tiada data • Kemajuan disimpan dalam peranti • Internet hanya diperlukan untuk papan pendahulu dan pembelian Pro Version = TIADA IKLAN, SELAMAT UNTUK KANAK-KANAK • Tiada iklan langsung, tiada video atau pop-up yang mengganggu • Tidak perlu daftar akaun atau emel • Tiada chat atau mesej dengan orang lain • Papan pendahulu hanya memaparkan nama pemain dan skor • Pembelian hanya melalui butang Pro Version, dengan pengesahan Google Play atau App Store = 10,000 SOALAN DALAM 10 SET • Easy (3 set): sifir songsang, 2 dan 3 digit bahagi 1 digit, perpuluhan dan soalan ayat yang mudah • Intermediate (3 set): nombor ratus bahagi 1 dan 2 digit, perpuluhan dan soalan ayat • Hard (4 set): nombor ribu bahagi 1 dan 2 digit, perpuluhan, soalan ayat dengan wang, dan bahagi dengan 10, 100 dan 1000 • Bermula dengan soalan paling mudah, dan kesukaran naik sedikit demi sedikit • Setiap soalan bahagi tepat tanpa baki, tiada soalan berulang, dan setiap jawapan telah disemak = PETA LEVEL YANG CERIA • Semua soalan dalam satu peta menegak dengan 10 zon bertema: Padang Hijau, Hutan Luruh, Pantai Pasir, Gua Ais, Istana Merah dan banyak lagi • Watak comel melompat ke soalan seterusnya selepas setiap jawapan betul = LAWAN RAKSASA DAN KUMPUL BINTANG • Setiap jawapan betul menyerang raksasa zon, dan boss menanti di setiap soalan ke-10 • Betul pada cubaan pertama melancarkan Super Attack! • 3 bintang untuk betul kali pertama, 2 bintang untuk cubaan kedua, 1 bintang selepas itu = BELAJAR BAHAGI SEPERTI DI SEKOLAH • Bahagi panjang di papan hitam: pembahagi, tanda bahagi, dan jawapan di atas nombor yang dibahagi • Langkah demi langkah seperti di sekolah: darab apa, darab, tolak dan bawa turun, hingga baki 0 • Setiap langkah disemak, dan panduan seperti "7 × ? = hampir 45, tidak lebih" membantu mencari jawapan • Contoh animasi Cara Bahagi Panjang (10 contoh) dan Bahagi dengan 10, 100, 1000, main sendiri atau langkah demi langkah • Mod Pantas untuk yang sudah mahir: terus taip jawapan • Papan conteng untuk membuat jalan kira = SOALAN AYAT DENGAN CARA KIRA • Soalan ayat di Set 3 dengan kata kunci diserlahkan: sama rata, sama banyak, berkongsi dan dibahagikan • Butang Cara Kira menunjukkan langkah: cari nombor, kenal pasti kata kunci, kemudian bahagi, darab, tolak dan bawa turun, dengan contoh animasi • Tukar soalan ayat ke Bahasa Melayu atau English dengan suis BM | BI = CABARAN HARIAN • 3 cabaran mudah setiap hari: Nombor Bulat, Perpuluhan dan Soalan Ayat • 10 soalan setiap cabaran, dari sifir songsang • Dapat diamond mengikut bintang, dan bonus streak 7 hari berturut-turut = EXP, LEVEL DAN PAPAN PENDAHULU • Kumpul EXP untuk setiap soalan yang diselesaikan dan naik level • Bersaing untuk tempat Top 10 di papan pendahulu (bila ada internet) = UNTUK SIAPA • Murid sekolah rendah yang belajar sifir dan bahagi • Ibu bapa dan guru yang mahu bahan latihan tambahan • Paparan disesuaikan untuk telefon dan tablet = VERSI PERCUMA DAN PRO • Cuba 20 soalan pertama dalam setiap set secara percuma • Pro Version membuka semua 10,000 soalan dalam 10 set • Bayaran sekali sahaja, tiada langganan, dan boleh dipulihkan bila-bila masa melalui Restore Purchase di Settings Dibangunkan oleh Syumul Studio, pembangun app pendidikan kanak-kanak Malaysia. Sebarang pertanyaan atau cadangan, hubungi kami di syumulstudio@gmail.com.
Show more

What's New in Belajar Bahagi 10,000 Latihan

1.10

October 28, 2026

Versi 1.10 • Peta level baharu yang ceria dengan 10 zon • Lawan raksasa setiap kali jawapan betul, boss setiap 10 soalan • 1 hingga 3 bintang untuk setiap soalan • Bahagi panjang langkah demi langkah: darab, tolak, bawa turun, dengan contoh animasi • Soalan ayat di Set 3 dengan petunjuk Cara Kira, dalam BM atau BI • Cabaran Harian: 3 cabaran mudah setiap hari, kumpul diamond dan streak • Restore Purchase di Settings, soalan baharu yang tepat dan pepijat dibaiki

More
10

Subscriptions & In-App Purchases

$0.99

Unlock Easy Set 1

Unlock Easy Set 1 All Question

Developer apps