
Free
In-App Purchases
Rating summary
About
Kesalahan bacaan tidak berulang.
MyTalaqqi 30 Juz ialah aplikasi untuk guru mengaji dan murid, dari Iqra' hingga khatam 30 juzuk, dan semakan hafazan. Guru menanda kesalahan bacaan terus pada halaman mushaf semasa kelas. Murid berlatih di rumah dengan bacaan qari, dan kelas seterusnya bersambung dari tempat berhenti.
Masalahnya: murid ramai, guru tidak dapat mengingati semuanya. Ibu bapa tidak tahu apa yang perlu anak latih. Di rumah, murid mengulang bacaan yang salah, dan lama-kelamaan yang salah terasa betul.
Empat langkah, setiap minggu:
1. Guru menanda: tekan perkataan, pilih jenis kesalahan.
2. Simpan dan kongsi: markah dikira automatik, laporan dihantar ke WhatsApp ibu bapa.
3. Murid berlatih: dengar bacaan qari, ulang 3 kali, atau rakam dan hantar bacaan kepada guru.
4. Kelas seterusnya: bersambung dari tempat berhenti.
Apa yang anda dapat:
- Iqra' 1 hingga 6 mengikut muka surat buku anda, Asas Qur'ani, dan Al-Quran 30 juzuk.
- Tanda pada mushaf: terus pada halaman Mushaf Madinah, 604 halaman.
- Markah automatik: Fasohah 70 dan Tajwid 30, boleh diubah jika perlu.
- Semak hafazan untuk pelajar tahfiz: tertukar ayat, terlupa kepala ayat, tak lancar, dibantu guru. Hafalan daripada 100.
- Kelas individu atau kumpulan, online atau fizikal, dengan pautan kelas online.
- Waktu kelas fleksibel: pilih masa mula dan masa tamat sendiri.
- Laporan WhatsApp: sekali tekan, terus kepada ibu bapa.
- Nota suara guru untuk menerangkan kesalahan.
- Log masuk murid dengan PIN, mudah untuk kanak-kanak.
- Mushaf dan pelajaran boleh dibuka tanpa internet selepas dibuka sekali.
- Pusat sendiri: guru lain di pusat yang sama boleh menyertai, dan murid hanya dilihat oleh guru pusat mereka.
Akaun guru dibuka oleh pusat anda atau EduV. Akaun murid dibuat oleh guru.
Show more
+1
What's New in MyTalaqqi 30 Juz
1.0.8
November 7, 2026
Halaman tidak lagi tertolak ke atas bila papan kekunci keluar semasa menaip. Tanda kesalahan kini merangkumi Idgham dan Alif Lam, dengan Nota Idgham baharu. Notifikasi boleh dihidupkan terus dari Utama.
More2
Subscriptions & In-App Purchases
$69.99
Langganan 40 Pelajar
30 hari, sehingga 40 pelajar





