Raudhah: Zikir & Al-Mathurat

Raudhah: Zikir & Al-Mathurat

by MUHAMAD FADZLI MUHAMAD FADZIL

0 ratings
Free

Rating summary

Details

Released
August 3, 2026
Updated
November 11, 2026

Features

Raudhah: Zikir & Al-Mathurat screenshot #1 for iPhone
Raudhah: Zikir & Al-Mathurat screenshot #2 for iPhone
Raudhah: Zikir & Al-Mathurat screenshot #3 for iPhone
Raudhah: Zikir & Al-Mathurat screenshot #4 for iPhone
Raudhah: Zikir & Al-Mathurat screenshot #5 for iPhone
Raudhah: Zikir & Al-Mathurat screenshot #6 for iPhone
Raudhah: Zikir & Al-Mathurat screenshot #7 for iPhone
Raudhah: Zikir & Al-Mathurat screenshot #8 for iPhone
iphone
ipad
🖼️Get Icon
Icons↘︎

About

Raudhah — Zikir, Al-Mathurat, Yasin & Tahlil. Ruang tenang untuk hati. Lazimi zikir di mana sahaja. Raudhah menghimpunkan zikir harian, surah pilihan, syarah kitab dan panduan ibadah dalam satu aplikasi. Percuma, tanpa iklan dan tanpa akaun. ZIKIR & WIRID HARIAN • Al-Mathurat pagi dan petang, Sughra dan Kubra. • Zikir, wirid dan doa selepas solat fardu. • Al-Adhkar Imam al-Nawawi: zikir pagi dan petang. • Ratib Al-Haddad (Ratib As-Syahir) dan Ratib Al-Attas. • Dalail al-Khayrat (Dalail Khairat) mengikut hari, Hizbul Bahr, Aurad Tahsin dan al-Musabbaat al-Asharah. • Tahlil ringkas dan lengkap, berserta doa tahlil. • Teks Arab, rumi dan terjemahan Bahasa Melayu, dengan syarah dan pengenalan bagi setiap himpunan. SURAH PILIHAN & AUDIO AL-QURAN Baca 17 surah pilihan seperti Surah Yasin, Al-Kahfi, Al-Mulk, Al-Waqi'ah, Ar-Rahman, As-Sajdah, Maryam dan Yusuf, dengan teks Arab, rumi dan terjemahan. • Pilihan 10 ayat awal atau 10 ayat akhir Surah Al-Kahfi untuk amalan Jumaat. • Audio bacaan Al-Quran oleh Salah Bukhatir, termasuk ketika aplikasi di latar belakang. • Muat turun audio untuk didengar tanpa internet. SYARAH KITAB Disusun mengikut tiga peringkat: • Akidah: Syarah Umm al-Barāhīn (Sifat 50) dengan Matan Penuh, dan Asmaul Husna berpandukan al-Maqṣad al-Asnā karya Imam al-Ghazali. • Fardu Ain: Mukhtasar al-Harari, 40 Asas dalam Agama dan Hadis 40 Imam al-Nawawi. • Jalan Tasawuf: Risalatul Mu'awanah dan Raudhatul Qulub. Baca dari satu bab ke bab seterusnya, dan buka nota rujukan bila perlu. WAKTU SOLAT & WIDGET • Waktu solat mengikut zon JAKIM di seluruh Malaysia. • Widget skrin utama memaparkan waktu solat, termasuk Syuruk dan bila waktu Subuh berakhir. • Widget rutin bacaan untuk melihat bacaan seterusnya. RUTIN & PERINGATAN Susun bacaan harian mengikut hari dan waktu pilihan anda. Aktifkan peringatan bacaan dan waktu solat, lihat cadangan bacaan di halaman utama dan sambung bacaan yang ditinggalkan. PANDUAN IBADAH & MUSAFIR • Panduan solat fardu dan sunat. • Panduan taharah, termasuk wuduk, tayammum dan mandi wajib. • Panduan musafir serta solat jamak dan qasar. • Panduan solat jenazah, puasa dan umrah ringkas. • Kalkulator Musafir untuk membantu menyemak kelayakan jamak dan qasar. BACA DENGAN SELESA • Tema cerah dan gelap. • Pilihan Bahasa Melayu dan English. • Saiz teks boleh dilaraskan mengikut keselesaan. • Penanda bacaan, dan sambung dari kedudukan terakhir. • Pembilang zikir pada bacaan yang menyokongnya. BACAAN LUAR TALIAN Kandungan bacaan utama disertakan dalam aplikasi dan boleh dibaca tanpa internet. Sambungan internet diperlukan untuk penstriman atau muat turun audio serta kemas kini jadual waktu solat. Audio yang telah selesai dimuat turun boleh didengar di luar talian. PRIVASI DIUTAMAKAN Tetapan, penanda dan kemajuan bacaan disimpan pada peranti anda. Tiada akaun atau SDK penjejakan iklan. Penggunaan lokasi adalah pilihan untuk membantu memilih zon solat; zon juga boleh dipilih secara manual. Perkhidmatan waktu solat dan audio melibatkan permintaan rangkaian kepada penyedia berkaitan. Dasar privasi: https://mfadzli.com/privacy/raudhah Laman web: https://raudhah.app Maklum balas: fadzli@mfadzli.com Dibina dengan kasih sayang untuk umat Islam. Semoga Allah redha.
Show more
+1

What's New in Raudhah

3.2.0

November 11, 2026

Apa yang baharu dalam 3.2.0 PANDUAN • Tiga panduan baharu: Doa Harian; Haid, Nifas & Istihadah; dan Panduan Korban. • Panduan Solat kini merangkumi Solat Berjemaah dan Solat Jumaat. • Solat Tarawih dan Zakat Fitrah dalam Panduan Puasa; Solat Hari Raya dalam Panduan Solat Sunat. • Semua panduan ibadah diperbaharui dengan rujukan kitab: Taharah, Solat, Solat Sunat, Puasa, Jenazah, Umrah dan Musafir. • 58 Ciri disusun dalam tujuh tema. WAKTU SOLAT & RUTIN • Ketik baris “Solat seterusnya” di halaman utama untuk melihat waktu solat hari ini, termasuk Imsak dan Syuruk. • Peringatan waktu solat: hidupkan mana-mana daripada lima waktu dalam Rutin & peringatan. Notifikasi biasa, tanpa azan. • Tandakan bacaan hari ini yang sudah selesai. Tanda ini peribadi dan bermula semula setiap hari. • Tarikh Hijri mengikut takwim JAKIM bagi zon anda. • Senarai zon disusun mengikut negeri, dan persediaan awal lebih jelas. BACAAN • Setiap kad bacaan bernombor, dengan kiraan yang lebih jelas. • Syarah dan tafsir dibuka terus di dalam kad. • Lapor kesilapan teks: ketik bendera pada mana-mana kad untuk membuka draf e-mel kepada kami. • Selepas ayat terakhir Yasin, teruskan ke Tahlil & doa. • Zikir Selepas Solat: Ayat al-Kursi dan tahlil penutup kini ada dalam versi Ringkas. • Tatalan bacaan lebih lancar. SURAH PILIHAN • Pengenalan bersumber bagi kesemua 17 surah. • Rumi bagi 15 surah dibetulkan mengikut teks Arab. • Tafsir bahasa Melayu dilengkapkan bagi Yusuf, Maryam, Ar-Rahman, Al-Fath dan Al-Mulk. SYARAH • 40 Asas dalam Agama karya Imam al-Ghazali kini mendahului peringkat Fardu Ain. LAIN-LAIN • Istilah yang lebih mudah dan seragam di seluruh aplikasi. • Penambahbaikan kecil dan pembetulan.

More